Bahan-bahan:
Ketam 6 ekor
Rempah daging/ketam
Cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah pelaga, Cengkih, Bunga lawang, Kulit kayu manis
Daun kari
Minyak masak
Nenas muda
Santan pekat
Daun kari
Asam keping
Garam
Cara penyediaan:
1) Bancuh 6 sudu rempah daging/ketam dengan cili boh. Ikut kepedasan yang disukai.
2) Salut ketam dengan bancuhan rempah.
3) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari.
4) Selepas naik bau, masuk ketam bersalut rempah. Tutup dengan tudung periuk. biar pecah minyak. Masuk nenas muda.
5) Akhir sekali masuk santan pekat (ikut kepekatan yang diingini). Perisakan dengan garam dan asam keping.
Source: Mak
*This dish is my all time favourite :)