Resipi Kek Batik Coklat
- 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
- 100 gm butter
- 250-300 gm milk chocolate
- 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
- 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
- 80 gm badam yg dibakar
- 80 gm walnut yang dibakar
- Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
- Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
- Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
- Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.
- Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong.
Source: blogresipi.com
No comments:
Post a Comment