Tuesday, August 16, 2011

Takoyaki


  • BAHAN TEPUNG :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 300ml air
  • 1 sudu baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Daun bawang & kobis diracik halus
  • BAHAN INTI :
  • Tako (nak senang, boleh beli siap kat Sushi Section Jusco)
  • **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
  • BAHAN HIASAN :
  • Seaweed (kepingan rumpai laut) - racik halus
  • Fish Flakes (boleh dapat kat bhgn makanan jepun di Jusco)
  • Mayonis
  • Sos Takoyaki (sos cili pun boleh)

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
  2. Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Tak ada acuan takoyaki, guna acuan kuih cara.
  3. Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
  4. Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
  5. Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.

Source: myresipi.com

No comments:

Post a Comment